Thursday, July 18, 2013

Latihan Pengendalian Alatan Pneumatic Simulation Software

16hb - 18hb Julai 2013, Pensyarah-pensyarah Jabatan Robotik telah menghadiri satu kursus kendalian Alatan iaitu Pneumatic Simulation System. Ianya adalah satu perisian bagi kegunaan subjek Pneumatic & hydraulic.

Wednesday, July 17, 2013

Lawatan Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.

16hb Julai 2013, Tuan Haji Mohd Fadhil Bin Ghazali telah mengambil kesempatan untuk melawat sekitar MJII dan meninjau kemudahan alatan MJII yang terbaru dan canggih.

Saturday, July 13, 2013

Robotic...Akhirnya Mubinah berangkat ke Australia

12hb Julai 2013...Saudari Mubinah berangkat ke bumi Australia bukan untuk menyambut hari raya di sana, tetapi untuk menyambung pelajarannya. Semoga beliau mencapai kejayaan di sana.

Tuesday, July 9, 2013

Robotik...Kenduri Doa Selamat Mubinah Chan

Zainal sensei dan Ja'a sensei sempat bertandang ke rumah Mubinah chan (bekas pelajar Robotik MJII) yang membuat kenduri kecil dan doa selamat sempena beliau yang akan berangkat ke Australia untuk menyambung pelajaran. Difahamkan seramai 4 orang pelajar MJII akan ke Universiy of Adelaide iaitu Saudara Sufian, saudara Abdul Rahman, Saudari Izzah dan beliau sendiri. Ganbatte kudasai.

Robotik...Majlis Perpisahan Puan Hajah Halimaton

Puan Hajah Halimaton sensei akan berpindah ke KKTM Petaling Jaya.

Robotik...Majlis Perpisahan Puan Hajah Halimaton

sambungan...