Sabtu, 28 Feb 2026... kelas gantian jadual khamis, den takdo kojo, selain melayan kengantkan sebab balik lewat malam tadi, den tolong bikinkan papan lapik projek si Jannah Soga nih.
Jumaat, 27 Feb 2026.... Abe Saipul berikan khabar duka. den dgn Abe Zaid terbang ke Kolej Mara Seremban amik anak dia bawa ke Rawang. sambil2 tunggu tu kitaorg kemas2kan rumah dia. pukul 1 gi sahur kat kedai tomyam. dekat2 pukul 2 gerak balik ke MJII. sampai MJII pukul 3... mata rabak nih... pukul 9 pagi sabtu den baca mesej, rupa2nya anak dia masih struggle lagi. bertabah dan banyakkan bersabar Abe Saipul.
Khamis, 26 Feb 2026... MJII menerima lawatan dari sekolah Menengah SMK Saujana Impian. Senpai Alif Sikandara sanyo, Akmal dan Firdaus sakurai membantu sensei NOrizam di Lab Robotik.
Rabu, 25 Feb 2026... plannye nak berbuka dengnan Dina Kanto petang ni kat Eco Majestik. dia dah booking kat kedai tempat denberbuka dengan geng Pikachu arituh... alih2 hujan lebat giler la pulak. Bangi pun hujan lebat, jadinya terpaksa batal laaaaaa...
Rabu, 25 Feb 2026... petang ni den sempat mengejas ketinggian tempat bako tuh. tapi cam biasa la bila bengkok kat besi, memangla takkan dapat ukuran yang kita nak tuh....
Rabu, 25 Feb 2026... geng TVET Hub Robotic MARA di UniKL MFI sedang berkursus penerimaan alatan. Humanoid Unitree G1... senpai Dina Kanto terlibat dengan training tu. dan Tiba2 ada senpai Nik Nasu yang dah bekerja dengan syarikat Robotpreneur mende tah tuh... dasattt...
Rabu, 25 Feb 2026... berFYP dengan Jannah sat tadi, den suruh dia kemaskan litar2 dan wayar2 tu.. masukn dlm casing dan ada sekeping platform utk layan heat sink motor driver tu.
Selasa, 24 Feb 2026... kelihatan kelibat 3 org budak soga buat kerja di bengkel pepetang. rasanya diaorg tak tutup lampu sampai dekat kul 12 mlm. den lalu situ lepas balik ngopi dgn abe zaid, lampu bengkel dok nyala.