Sunday, September 15, 2024

Semenyih..... Makluman Penutupan Highway Lekas utk akvitivi tahunan diaorg tuh...

 


maklumat dari LEKAS Highway.... jalan tutup utk berbasikal lagi la tuh...

Family.... beli nasik ayam kukus kat depan MJII jek.

 


Isnin, 16 Sept 2024.... den pegi beli makanan kt luar.. kedai sebelah rumah TnB tu. tapi balik makan megi dgn nasik goreng semalam.. heheheheh..

Kuarters.... Projek kumpul minyak masak oleh Jwtks Green dan Landskap MJII...

 




Isnin, 16 Sept 2024... sambil2 mengemas buang tanah yg dikorek, ternampak ada botol2 minyak masak kat rumah sampah. pastu den pun bgtau kat Abe Achnas den bawak minyak2 tu ke tempat pengumpulan kat belakang dewan makan... siyap...


heheheheh... den sempat berbasket ball sekejap...



Kuarters.... sambung buat laluan tempat parking motor...

 





Isnin, 16 Sept 2024... cuti hari malaysia. den sambung kojo semalam. punyela bancuh simen bagai nak rak... sikit jek dapat tampalnye.... heheheheheh... 

Family... beli makan kat luar aje...

 



Ahad, 15 Sept 2024... den keluar beli makanan kat kedai feveret Etzzah kanto nih. den bungkus utk den dan si cebi yg tak balik kampung sebab banyak assignment tuh,

Kuarters.... menyimen laluan motor keluar tuh.

 



Ahad, 15 Sept 2024... den takdo kojo, den pun nak menyimen la tempat laluan motor tu. sib baik ada Abe Ahmado datang membantu sambil sembang2 pasal SSPA tuh. den ada bagi job utk dia setelkan.... hehehehehehehehehehehheeh... Abe Mado kan banyak connection... sila la gunakan brooo

Family.... terbang balik ke Beranang...

 


Ahad, 15 Sept 2024... pukul 5 den tiba semula ke bumi Beranang... heheheheheheh...

Family.... samapi di JB... tengok projek mega dah dah siap dah tuhhhh...

 







Ahad, 15 Sept 2024... sampai di JB... tengok projek mak mentua den... rumah 8 ppintu dua tingkat...dasat wooooo...

Family.... Terbang ke JB...

 



Ahad, 15 Sept 2024.... cubaan balik ke JB... gerak pukul 6.55... sampai di TBG pukul 8 am. Hujan dari Beranang, di area KL East sampai tak nampak jalan. ikut lampu kereta depan je la.  den tanak berenti sbb klu berenti kang pastinya lewat setengah jam dan jalan karak jem karang. di TBG jem sikit nak masuk Tol Gombak. lepas je tol gombak, jln tak jem tapi slow. ok la... samapai di genting sempah pukul 8.30... setel...

Saturday, September 14, 2024

Malaysia..... Sistem Saraan Perkhidmatan Awam 2024...

 



Jumaat, 13 Sept 2024... info pasal Sistem Saraan Pekhidmatan Awam SSPA telah diterima hari ini.

sedikit perkongsian kawan2 di wasap...

Berdasarkan maklumat daripada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 mengenai pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), berikut adalah ringkasan penting yang perlu anda ketahui untuk gred DV52:

Struktur Gaji dan Pergerakan Gaji Tahunan (PGT):

Gaji minimum dan maksimum telah diseragamkan mengikut gred jawatan.
PGT diberikan pada tarikh yang tetap iaitu 1 Januari, 1 April, 1 Julai, atau 1 Oktober setiap tahun.
Anda akan menerima kenaikan gaji tahunan (KGT) berdasarkan kadar yang ditetapkan dalam jadual gaji minimum-maksimum (JGMM).
Pelarasan Gaji:

Pelarasan gaji sebanyak 15% diberikan dalam dua fasa, bermula pada 1 Disember 2024 dan 1 Januari 2026.
Fasa 1: Kenaikan 8% atau minimum RM240.
Fasa 2: Kenaikan tambahan 7%.
Kenaikan Pangkat dan Penjumudan Gred:

Penyeragaman dan penggelaran semula gred jawatan telah dilakukan.
Sebarang kenaikan pangkat akan mengambil kira pelarasan gaji terlebih dahulu sebelum penetapan gaji baru pada gred lebih tinggi.
Opsyen SSPA:

Anda perlu membuat pilihan (opsyen) untuk menerima sistem SSPA ini.
Jika anda menerima opsyen SSPA, anda layak untuk mendapat semua manfaat termasuk kenaikan gaji.
Jika anda menolak, anda akan kekal di bawah struktur gaji lama (SSM) dan tidak layak untuk pelarasan gaji atau kenaikan baru.
Kemajuan Kerjaya dan Penambahbaikan Skim:

Penambahbaikan laluan kemajuan kerjaya termasuk kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan (TBK).
Tindakan yang perlu:

Pastikan anda memahami opsyen yang diberikan dan buat pilihan sebelum tempoh tamat.
Semak jadual gaji baru bagi memastikan anda layak menerima kenaikan gaji.
Rujuk kepada jabatan anda untuk memastikan urusan kenaikan pangkat dan kelayakan lain diproses mengikut skim baru.

Berikut adalah perbandingan antara Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dari segi kelebihan dan kekurangan:

Sistem Saraan Malaysia (SSM)
Kelebihan:

Struktur Gaji Lama yang Stabil: Pegawai yang kekal dalam SSM mempunyai struktur gaji yang stabil tanpa perubahan besar, sesuai untuk mereka yang selesa dengan gaji semasa.
Tiada Pelarasan Gaji Drastik: Pegawai yang memilih untuk kekal dalam SSM tidak akan terkesan oleh pelarasan gaji yang mungkin merosot selepas kenaikan, sesuai bagi yang menghampiri gaji maksimum.
Gaji Kekal Secara Khas Untuk Penyandang (KUP): Pegawai di bawah SSM akan menerima gaji secara KUP walaupun tidak menyertai SSPA, yang memberi perlindungan terhadap perubahan gaji.
Kekurangan:

Tiada Pelarasan Gaji Baru: Pegawai di bawah SSM tidak layak menerima kenaikan gaji tahunan atau pelarasan gaji 15% yang diberikan di bawah SSPA, menyebabkan gaji mereka menjadi ketinggalan berbanding pegawai yang memilih SSPA.
Peluang Kenaikan Gaji Terhad: Pegawai yang memilih SSM tidak menikmati pelarasan gaji dan pemberian kenaikan pangkat yang lebih fleksibel, menyebabkan mereka mungkin terhad kepada kenaikan gaji yang perlahan.
Kurang Fleksibiliti dalam Kemajuan Kerjaya: Laluan kemajuan kerjaya mungkin tidak sefleksibel SSPA, terutamanya dari segi kenaikan pangkat dan peluang penambahbaikan.
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
Kelebihan:

Pelarasan Gaji yang Lebih Tinggi: Pegawai yang memilih SSPA akan menerima pelarasan gaji sebanyak 15% secara berfasa (8% pada Fasa 1 dan 7% pada Fasa 2). Ini akan meningkatkan gaji pokok secara signifikan.
Struktur Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) yang Dipertingkatkan: Jadual gaji disusun semula mengikut prinsip kelayakan masuk dan tugas, dengan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi, iaitu RM1,500.
Kenaikan Gaji Tahunan (PGT): Kenaikan gaji tahunan diberikan mengikut jadual tetap, dan pegawai yang menghampiri atau mencapai gaji maksimum juga akan menerima kenaikan.
Kemajuan Kerjaya yang Lebih Fleksibel: Laluan kemajuan kerjaya di bawah SSPA adalah lebih fleksibel, termasuk kenaikan pangkat berasaskan kecemerlangan (time-based), peluang kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan, dan kenaikan pangkat one-off.
Elaun dan Kemudahan Diperbaiki: Penambahbaikan terhadap pemberian elaun, termasuk pengenalan elaun baru dan pemansuhan elaun yang tidak relevan, menjadikan SSPA lebih menarik dari segi imbuhan.
Kekurangan:

Opsyen yang Tidak Boleh Ditukar: Pegawai yang memilih SSPA tidak boleh kembali ke SSM selepas memilih. Ini mungkin menyebabkan kekangan kepada pegawai yang kurang pasti dengan perubahan dalam skim baru ini.
Kompleksiti dalam Perubahan Gaji: Struktur baru yang melibatkan pelarasan gaji dan kenaikan pangkat mungkin lebih kompleks untuk difahami, terutamanya bagi pegawai yang telah lama berada di bawah SSM.
Tempoh Peralihan: Meskipun SSPA menawarkan pelarasan gaji dan kenaikan, tempoh peralihan kepada struktur gaji baru memerlukan masa, dan beberapa pegawai mungkin tidak segera mendapat manfaat penuh.
Kesimpulan
SSM: Sesuai bagi pegawai yang menghampiri umur persaraan atau yang tidak mahu melalui perubahan drastik dalam struktur gaji. Namun, kekurangan dari segi peluang kenaikan gaji dan pelarasan menjadikan SSM kurang relevan untuk jangka panjang.
SSPA: Menawarkan pelarasan gaji yang lebih baik, kenaikan pangkat yang lebih cepat, serta struktur gaji yang lebih fleksibel. Sesuai untuk pegawai yang mahu peluang lebih luas dalam kemajuan kerjaya dan gaji lebih tinggi.
Pemilihan antara SSM dan SSPA bergantung kepada keutamaan individu—sama ada mahukan kestabilan (SSM) atau perkembangan yang lebih pesat dalam kerjaya dan imbuhan (SSPA).


FYP JD 2024... menanam Timun indoor...

 


Sabtu, 14 Sept 2024.... layan-layan YT terjumpa video di Belanda diaorg tanam timun in door. Industri penanaman dalam bangunan dan sistem dari tanam benih. good info utk projek si Ain Hitachi, Fatin dan Adam Toshiba



sambil meleraikan projek Hanshin dan Nankai den kumpul brg utk projek Ain Hitachi sekali. ada motor driver biru, tapi rasanya nk guna motor driver merah yg sama mcm Dina Kanto pakai dulu tu. plywood pun dapat yg cantik dlm stor den tuh.



DKS.... Jalan-jalan carik batu...

 


Sabtu, 14 Sept 2024... on the way nk gi rembat batu kotak kat tepi padang petaque tu, den singgah layan basket ball... skrg nih tgh hangat di USA dgn Catlain Clark... harharharhar WNBA dah power konon...



sambil-sambil tu den laporkan kerosakan pada siling dan gutter di belakang dewan makan mjii, kang timpa kepala student kang...



Family.... makan di Cendol Ara...

 



Sabtu, 14 Sept 2024.... lepas balik dari kebun dan amik daik dari Kafa, makan tenghari kat Cendol ara... dgn Ibu je... pastu dia nak singgah super seven beli cili... balik tido...

Tanah Kebun.... membako dan memasang besi kat tempat parking tuh.

 





Sabtu, 14 Sept 2024... lepas hantar adik ke kelas tambahan kafa, sampai di kebun pukul 8.15... kesan dari hujan lebat dan angin kuat minggu nih, barang2 kat pondok melayang sana sini. 




aktivit membako je minggu nih.

Family.... Makan luar di Cuba Rasa Eco Majestik

 


Jumaat, 13 Sept 2024... dinner di Cuba Rasa dengan Ibu, adik dan cebi.

Friday, September 13, 2024

DKS - Diaorg mintak nama lagi.... sebagai pemenuh dewan...

 


Jumaat, 13 Sept 2024... mintak nama lagi... asik2 jadi pemenuhkan dewan aje budak2 MJII nih... suke ati laaa... nk buek camno laie... 


Sensei Pengiring ialah Sensei Muhaimin



DKS - Abe Zainal memasang kandang game field Robofighto 2024.

 


Jumaat, 13 Sept 2024.... smbil2 tu Abe Jenal dok memasang getah kat perspek sheet utk kandang robofighto tu. bertabah buat keje dalam gelap dan kepanasan....

DKS - sambung kerja-kerja meleraikan barang projek Hanshin dan Nankai

 



Jumaat, 13 Sept 2024... sambung aktiviti kemas barang2 prjek Hanshin dan Nankai... ada jugak projek2 yg kawan sendiri dah ingat bende apa tuh.... hihihihihi...

Thursday, September 12, 2024

MJII.... Taklimat ETAC dari Bahagian Kemahiran dan Teknikal...

 



Jumaat, 13 Sept 2024.... Taklimat ETAC dari BKT Puan Rokiah Endut dan Abe Hirzi...
utk update dokumen2 SAR nanti.


aiyak... kene masukkan english ke dalam struktur setiap sem tu... letak kredit 0.