Monday, November 9, 2026

Tanah Kebun... misi Kerat pokok...

 











Isnin, 9 Nov 2026... sempena cuti Deepavali kitaorg gi Sesapan dgn mission tebang 4 pokok.... 3 pokok nangka dan 1 pokok Sukun. alih2 pokok sukun jatuh kelain.... heheheheh... abe Zaid dgn Abe Anas dengan chain saw masing2... den pakai kapak jek....

DKS.... mencuba semula kedai Juadah tepi J&T tuh...

 


Ahad, 8 Nov 2026... den ngn Syafiq Sakurai gi makan kt kedai Juadah tepi JnT tuh... cissss.. masih belum berubah keadaan kedai dia nih.... silap den la... den singgah sat kedai DIY beli gergaji tangan tuh...rm26..

Sunday, November 8, 2026

Family... Jejalan dan camping kat Parking IOI City Mall...

 




den terserempak dengan alumni DKS... Irsyad Chubu, dia bisness sendiri tapi buat keje pelbagai, ada Interior Decor, ada bawak org ke Jepun... mcm2... harap2 pasni dia sambung belajar. 



Ahad, 8 Nov 2026... den gerak ke IOI City Mall... den jumpa gergaji tangnan tu, rasanya  nk beli... pastu jumpa lampu solar tu.. rasanya nak beli jugak... tp den pusing2 dulu, pastu  terlupa nak beli. cm biasa den lepakk at tempat parking jek. tak bawak buku, den layan Tiktok je...

Kuarters.... Kesan siling terbang sebab ribut kuat malam tadi.

 





Ahad, 8 Nov 2026... arini Hari Deppavali. den bawak family gi IOI City Mall. Otw keluar kolej, den nampak kesan siling jatuh... kalau gitu sekali kesan dia kat tiang batu tuh, rasa2nya kalau kene leher tu mau terpotong pastu jadi penanggal kito... hihihihi.. ni kalau den letak kat official ni kang tak pasal den kene tuduh jadi pengkhianat la vandalisimn la... hummmm... share dgn geg besdey aje la...

DKS... MAJLIS ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI (MATEPM) 2026

 






MAJLIS ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI (MATEPM) 2026 


Selaras dengan aspirasi Pengarah TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII), Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, untuk memperkukuh MJII sebagai pusat kecemerlangan TVET yang berteraskan inovasi, teknologi dan kolaborasi strategik industri,  3 orang pelajar DKS telah menyertai Pertandingan World Skill Belia (WSMB) 2026. 


Satu Majlis Penyampaian Anugerah Tangan Emas World Skill Belia 2026 telah diadakan di Universiti Teknikal Melaka (UTeM) pada Khamis, 5 November 2026. Ketiga-ketiga peserta dari DKS telah menerima pingat penghargaan atas usaha gigih mereka.


1. MUHAMMAD NURSYAFIQ - pingat PERAK

2. MUHAMMAD ALIF ISKANDAR - medallion of excellence

3. AFIQ HAKIMI - medallion of excellence

Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan kepada MJII, khususnya Jabatan Robotik dan Automasi (DKS), dalam usaha melahirkan graduan TVET yang kompeten, berkemahiran tinggi dan mampu bersaing di peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Kejayaan ini juga mencerminkan komitmen pensyarah dan pelajar dalam memperkukuh kecemerlangan bidang Robotik dan Automasi.


Pihak MJII merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada ketiga-tiga pelajar atas kejayaan yang dicapai, serta berharap pencapaian ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus mengharumkan nama MJII pada masa hadapan.


#TVETMARA #MJII #TVETPilihanUtama

by KJ Jaaris

Saturday, November 7, 2026

FYP & PP JD 2026.... Akhirnya dapat Buku Log Amirul Irsyad...

 



Sabtu, 7 Nov 2026... akhirnya Abe Jenal berjaya mendapatkan buku log FYP dan PP senpai Amirul Irsyad AKI. Tenkiu Abe Jenal... semoga dia perform di sesi pembentangan PP hari Selasa 10 Nov dan sesi demo FYP hari Rabu 11 Nov 2026.

MJII.. PPTK Puan Suzana dah berpencen...

 


Rabu, 4 Nov 2026 arituh... patutnya Kj Ahmado tampal gambo tu pastu cakap selamat berpencen Kak Su.... rupa2nya Kak Suzana PPTK MJII dah mula bercuti utk berpencen... dia sain 56 tapi amik option 55... patut la dia asik cerita nak tarik hand brek aje... Selamat Berpencen Kak Suzanaaaaaaaa..