Friday, May 22, 2026

FYP JJ 2026... Pahlawan Soga terakhir yang submit Tesisnye...

 


Jumaat, 22 Mei 2026... Hidayat Soga yg terakhir hantar Tesis aka Final Report FYP Hard Cover kelas Soga nih....

DKS.... Jadual penggiliran Pra Senat MJII sesi JJ 2026 nanti...

 


Jumaat, 22 Mei 2026... draf jadual pra senat MJII nanti... DKS amik yg tengah2...

DKS.... mesyuarat khas akademik kesalahan CX...

 




Jumaat, 22 Mei 2026... tetiba petang ni ada miting khas akademik. kes 5 pelajar meniru time final exam... 4 pakai henfon, 1 toyol... sem depan kene body check, pemeriksaan tandas.. tambah penjaga peperiksaan....

Thursday, May 21, 2026

FYP JJ 2026... hantar Tesis FYP dah lewat sangat dah nih....

 


Jumaat, 22 Mei 2026... sesi menghantar final report FYP yg dah lewat sangat nih. pagi tadi baru hantar ialah Haziq, Shamil dan Harun Soga. si Dayat masih tak nampak hidungnye...

DKS... Pencalonan Ikon Pendidik Wanita 2026

 



Jumaat, 22 Mei 2026... telah datang arahan pencalonan Pendidik Terbilang .. Utk DKS kita mencadagkan nama Sensei Zaleha.

DKS... Cubaan repair power bank konon2...

 



Khamis, 21 Mei 2026... den takdo kojo. den pegi bedah power bank peneng tu. ingatkan beteri doa bulat2, alih sekepin-sekeping. sesekali terkene bende tajam dia keluar api kecik. den pun letak kat atas lantai koridor takut dia meletup... hehehehehehek

Wednesday, May 20, 2026

MJII.... Jemputan Majlis Persaraan Pengarah MJII Tuan Haji Rusli.

 


Assalamualaikum.

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri Majlis Lambaian Kasih, Memori Abadi sempena persaraan Pengarah TVETMARA MJII, Tuan Haji Rusli bin Abd Rahman yang akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh:   
05/06/2026 (Jumaat) 

Masa:
9.00 Pagi - 10.30 pagi (Bacaan Yasin)
                              
3.00 petang – 5.00 petang (Hi-Tea) 

Tempat: 
Bacaan Yasin - surau Surau Riyadussolihin
                           
Hi-Tea
Pelamin Garden
Lot 1895, Jalan 71780               Kampung Rawa, 71750  
Lenggeng, Negeri Sembilan

https://maps.app.goo.gl/hX9aq2AoHAVkv7rL8

Jemputan:
Semua staf MJII

Berikut dikongsikan tentatif majlis untuk makluman tuan/puan:

Tentatif Majlis
9.00am - 9.15am
Ketibaan pengarah  dan staf di Surau Riyadussolihin

9.15am - 9.45am
Majlis bacaan Yasin

9.45am - 10.30am Simbolik Pensaraan ‘Penanaman Pokok’ oleh Pengarah 

10.30pm - 11.00am Sesi sarapan pagi bersama pengarah di Osaka (Staf digalakkan membawa hidangan secara ‘potluck’)
-----------------------------------------------------------------                              

2.30pm
Staf bergerak ke Pelamin Garden 
- bas / van akan disediakan bagi staf

2.45pm - 3.00pm Pengarah bergerak ke Pelamin Garden

2.55pm - 3.00pm
Staf TVETMARA MJII mengambil tempat

3.00pm
Ketibaan Pengarah dan Isteri 

3.10pm - 4.30pm 
- Bacaan Doa
- Ucapan Pengerusi BKK
- Ucapan wakil Pengurusan
- Ucapan pengarah
- Penyampaian Cenderahati
- Tayangan Montaj
- Potong Kek
- Bergambar

4.30pm - 5.00pm
Jamuan Makan dan bersurai

Semoga kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi majlis yang akan berlangsung 😊

Sekian, terima kasih.

DKS... Majlis Sayonara Senpai JJ 2026... batch SOGA.

 


Rabu, 20 Mei 2026... Majlis Sayonara Senpai Batch Soga. tapi den, Abe suhadi takde dapat jemputan pon dari MPP... so kitaorg tido je la kat rumah.... heheheheheheheh...

DKS... sembang-sembang sarapan...

 


Khamis, 21 Mei 2026.... sembang2 dengan alif iskandar sanyo. projek dia patutnya jadi power kalau guna jetson nano... tapi bende tu takde... 

Tuesday, May 19, 2026

MJII.... Mesyuarat Pengurusan MJII bil 2 / 2026...

 



Rabu, 20 Mei 2026... Miting Pengurusan bil 2 / 2026... ramai tak dapat hadir..

FYP JJ 2026.... Hantar Tesis / Final Report Hard Cover hantar ke Library.

 


Rabu, 20 Mei 2026... den dah hantar 6 buku tesis Soga ke Library.
1. Janah
2. Afi Aziz
3. Daniel Hazim
4. Aisyah
5. Aqil
6. Alif Farhan

DKS... Jemputan ke Majlis sayounara Senpai Sesi JJ 2026... Soga

 


Jemputan ke Majlis sayounara Senpai Sesi JJ 2026... Soga

Hakim robochallenge... dah tukar nama ke VECTRA...

 


Selasa, 19 Mei 2026... Hebahan awal pasal Aktiviti Robochallenge kat MRSM Bentong telah diterima dari Cikgu Marni. 3 - 6 Julai 2026 nanti katanya. bersiap sedia...

Pneumatic JJ 2026... ada yg markah pernuh paper final den.... dasat...

 


Selasa, 19 Mei 2026... sesi menanda paper final bermula dan terus siap. sambil2 menyiapkan markkah tesis FYP 6 orang Soga. alih2 ada yg full mark la pulak sem nih.... tak pernah lagi terjadi hal sebegini... tahniah Aisyah Soga.

DKS.... sesi Taklimat ringkas program Teknousahawan Semicon

 


Selasa, 19 Mei 2026... senpai2 Katsuo, Haziq dan Nazhan datang berguru pasal teknousahawan dengnan sensei Ahmado di Love Foodies Eco Majestik. den tukang habiskan makanan jek. kearah kehidupan sebagai usahawan semicon Mara.

DKS.... Celebrate Habis Sesi Jan - Jun 2026....

 


Selasa, 19 Mei 2026... den sempat celebrate habis final exam sem ni dengan Ain Yeng Sake dan Aisyah Jasmin saba....




FYP JJ 2026.... lagi hantar final report FYP Soga...

 


Selasa, 19 Mei 2026.... sesi penghantaran Tesis Hard Cover... Aqil dan Alif Farhan soga nak hantar tesis diaorg... wow...power la tesis diaorg. sikit je salahnye.... belakang tu si Shamil.. dia takot nk jumpa SV dia sensei Mus... hihihihihihihi... 

Monday, May 18, 2026

DKS.... KONVO IPMa 2026....

 






Selasa, 18 Mei 2026... suasana riang ria di hari konvo mereka.... Hitachi Toshiba dan Pikachu... Tahniah Gaisssssssssssssssss... gambo daripada senpai Etzzah Kanto dan Sensei Zaid di WTC... den dah cabot balik ... hihihihihi

FYP dan Project Proposal JJ 2026.... siap masukkan markah budak2 FYP den....

 


Selasa, 18 Mei 2026... den sempat Key in kan markah FYP dan Project Proposal Soga, Sanyo dan Sakurai budak2 FYP den... setel.. semua power2 nih... kene la masuk pertandingan.

DKS.... Sain buku Log LI Aisyah Soga...

 


Selasa, 19 Mei 2026... sempat jumpa dengan Senpai Aisyah Soga... nk sain buku log LI.. dia LI kat Nuklear Bangi... selamat ber prektikal Aisyah...

DKS.... Perjalanan Pulang dari Konvo dengan Abe Ahmado...

 


kwan declare tu hotel Etzzah Kanto... hihihihihi



tunggu van nak balik


Selasa, 19 Mei 2026.... terbang balik ke MJII.... den nak tanda paper final Pneumatic nih...

Member Lama.... Abe Zaudin datang konvo anak dia....

 



Selasa, 19 Mei 2026.... Abe Zaid mintak tolong tengok Abe Zaudin. rupa2nya dia Hipo kekurangan gula. hampir kepengsanan dia tadi. dan rupa2nya dia datang utk konvo anak dia nombo 2 tuh. den ingat nak hantar dia balik rumah....

MJII.... Konvokesyen Perdana IPMA 2026 di WTC KL.

 








Selasa, 19 Mei 2026... Konvokesyen IPMA.. Geng Hitachi , Toshiba dan Pikachu naik pentas berkonvo... TAHNIAH gaissssssssssssssssss.... 

FYP JJ 2026... sesi hantar final report FYP aka Tesis

 


Isnin, 18 Mei 2026... Daniel Hazim Soga menghantar tesis dia malam nih... 120 muka surat... dan sikit je error dia...power sungguh. macma tak pecaya budak ikm boleh buat tesis sepower ini... sam jugak dengan si AFI Soga arituh...

MJII... Berita Kematian Dr Firdaus DKE....

 








Isnin, 18 Mei 2026... lepas solat subuh den terima berita mengejutkan nih. sebelum rombongan MJII bertolak ke Banting, kami sempat mengadakan majlia tahlil arwah di Surau mjii. 


sensei Asiq berkongsi maklumat bedah siasat. serangan jantung.








ada team Soga juga yg datang menziarahi....


sambil2 tu staff makan tengahari dekat satu kedai dekat2 dgn Masjid tu. dan sempat diaorg merembat buah pelam tokeh kedai tuh...