Sunday, December 12, 2021

MJII Innovative Project Expo (MIPE’21) dan Demonstrasi Projek Tahun Akhir I20

 









1. Nama Program: 

MJII Innovative Project Expo (MIPE’21) dan Demonstrasi Projek Tahun Akhir I20

2. Tarikh : 8 Disember 2021 (Rabu)

3. Masa :  9 pg - 5 ptg

4. Tempat : Dewan Hyogo, Mara - Japan Industrial Institute, Beranang

5. Anjuran: JK Inovasi & MPP MJII dengan kerjasama JK PTA & RICoL

6. Sinopsis/keterangan : 

MIPE merupakan platform bagi mengenalpasti projek tahun akhir pelajar yang berpotensi untuk diketengahkan bagi pertandingan inovasi, pengkomersialan, pameran di Galeri, serta untuk dimanfaatkan oleh jawatankuasa yang berkenaan. 

Sebanyak 30 kumpulan projek telah terpilih sebagai finalis MIPE’21. Pemilihan ini adalah berdasarkan saringan video marketing dan pencalonan daripada Panel Seminar PTA I20.

Dua orang panel jemputan En Muhammad Ridhwan Bin Ahmad dari MBOT dan En Hasrulnizam bin Hashim dari KKTM PJ turut sama menjayakan penjurian MIPE’21.

Secara keseluruhan, kesemua finalis MIPE’21 telah mempamerkan persembahan yang menarik dan kompetitif.

by Suhana sensei

No comments:

Post a Comment