Tuesday, March 5, 2024

Program ‘AI untuk Rakyat’... selesai dapatkan badge...

 



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk. 

2.       Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, YAB Perdana Menteri telah meluncurkan Program ‘AI untuk Rakyat’ pada 16 Januari 2024 di Universiti Putra Malaysia. Program ‘AI untuk Rakyat’ merupakan program pembelajaran kendiri dalam talian yang direka untuk meningkatkan kesedaran orang ramai termasuk penjawat awam tentang ‘Kecerdasan Buatan’ - Artificial Intelligence (AI).

3.       Selaras dengan arahan YBhg. Dato’ Sri KPPA, setiap penjawat awam di peringkat kementerian/ jabatan/ agensi Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan, Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah dikehendaki melengkapkan program pembelajaran tersebut di pautan https://ai.gov.my bagi memperoleh lencana ‘AI Aware’ dan ‘AI Appreciate’. 
 
4.       Sehubungan itu, mohon tuan/puan melengkapkan  program pembelajaran tersebut  selewat-lewatnya pada 12.00 tengah hari, 8 Mac 2024 (Jumaat).

Sekian.

by TPHEP Pn Hakima... selesai Rabu, 6 Mac 2024... 1.20 pm


No comments:

Post a Comment