Monday, August 31, 2026

DKS.... Persiapan Diploma Industri EVE ENERGY

 


Isnin, 31 Ogos 2026...
Persiapan dokumen untuk Diploma Industri EVE ENERGY

Link :

kene masukan modul pneumatic etc...



FYP JD 2026.... Projek Alif Iskandar Sanyo...

 


Ahad, 30 Ogos 2026... Alif Iskandar Sanyo tunjuk body bawah robot main badminton dia tuh...

Kuarters... Tolong baiki Pelampung tesumbat...

 








Isnin, 31 Ogos 2026... tengah dok lepak kat rumah lepas balik kebun, tetiba jiran atas rumah Zaid, Kak Raja kata rumah dia takde air... dia pulak duduk kt hospital UPM nun jaga husband di Abd Khairul Ezwan... den pun pegi la cek. Pelampung dia tersumbat tak keluar air. den pun belasah je bukak pelampung pelik tu. first time jumpa pelampung style tu. tapi rugi sejengkal air kat dalam tank sebab di jenis 90 darjah tekan ke bawah.

Tanah Kebun.... nampak jet Sambutan Kemerdekaan Di Putrajaya...

 




Isnin, 31 Ogos 2026... sempena cuti Merdeka... sampai kebun lambat sebab sarapan dan sembang lama tadi dgn Zaid. tak banyak keje pun nak dibuat. masuk lot12 menyabit pun sekejap je sebab dah panas. balik awal.

Kuarters... Sarapan di RH...

 




Isnin, 31 Ogos 2026... cuti Merdeka day... lepas subuh den mengadap mesin penegring payung den. masih tak dapat nak pasang blower tu senget. pastu pegi isik minyak dan cuci cermin kete Cebi sat. Balik je, Abe Zaid mesej ajak bekfes kat RH... sembang2 samapi pukul 8... cepat2 besiap nk ke kebun.

Kuarters... sembang2 sampai 2 hari.... hihihihi.. Merdeka ke 69 2026

 


Ahad, 30 Ogos 2026... lepak bawah kuarters dengna Abe Zaid sampai pukul 12 tgh malam.. dapat menengok mercun dan sambutan merdeka kt pasar uptown depan MJII nih. sikit jek mercunye...

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH DKS) - Artificial Intelligent and ESP32 Intergration Workshop Siri 2/2026

 










🤖Nama Program: Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH DKS) - Artificial Intelligent and ESP32 Intergration Workshop Siri 2/2026


Anjuran : MJII Artificial Intelligent Center, Kesatuan Ikhtisas Muslim Malaysia (KIMM) & Syafiq Technologies


Tarikh: 25hb Ogos 2026, Selasa

Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat NARA, MJII

Penglibatan : 10 orang


Ringkasan :

Bengkel Aplikasi Artificial Intelligent (AI) dengan menggunakan ESP32 siri 2 telah dianjurkan oleh Jabatan DKS dengan kerjasama MJII Artificial Intelligent Center, Kesatuan Ikhtisas Muslim Malaysia (KIMM) & Syafiq Technologies.

Bengkel ini adalah satu usaha untukmenerapkan ilmu AI dan IoT kepada peserta-peserta secara hands-on.

Bengkel aplikasi ESP32 disampaikan oleh En. Nursyafiq dari Syafiq Technologies. 

Peserta berjaya memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas dalam mengintegrasikan Artificial Intelligence dengan platform ESP32 bagi menghasilkan sistem elektronik pintar. Aktiviti hands-on turut meningkatkan keupayaan pelajar dalam pengaturcaraan, integrasi sensor, pembangunan prototaip serta penyelesaian masalah secara praktikal.


Pelaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) DKS – Artificial Intelligence and ESP32 Integration Workshop menyokong beberapa matlamat Sustainable Development Goals (SDG), khususnya dalam aspek pembangunan kemahiran, pendidikan berkualiti dan inovasi teknologi. 


Antara SDG yang terkait ialah :-


SDG 4 – Quality Education

Workshop PSH ini memberi peluang kepada pelajar membangunkan kemahiran baharu dalam AI, IoT, programming dan embedded system melalui pembelajaran hands-on.

SDG 9 – Industry, Innovation and Infrastructure

Pelajar bukan sekadar belajar teori tetapi menghasilkan prototaip dan penyelesaian berasaskan teknologi.

SDG 8 – Decent Work and Economic Growth

Bengkel ini menyediakan future-ready skills dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam bidang teknologi, automasi dan industri 4.0.

Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan teknikal peserta, malah membentuk kemahiran future-ready melalui gabungan AI, IoT, programming dan embedded technology. Pendekatan ini menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berkemahiran, inovatif dan bersedia menghadapi keperluan industri masa hadapan.

Kuarters.... Makan di Bubur Lah Eco Majestik...

 



Ahad, 30 Ogos 2026... terserempak dengan si Alif Iskandar Sanyo. dia tak balik kampung sempena cuti merdeka dan cuti SUKMA selangor nih. dok bikin projek katanya. den ajak makan kat kedai Nasik Bubur pastu den ajak Abe Zaid sekali.

Sunday, August 30, 2026

DKS.... Idea utk game STEM MJII Beranang nanti...


Ahad, 30 Ogos 2026... sambil2 ayan YT terjumpa game nih.. datang idea utk buat lumba kete beteri kecik nuh...

DKS.... Testing Timer Ciptaan Alif Iskandar Sanyo

 



Ahad, 30 Ogos 2026... lepas solat asar den testing projek Alif Iskandar Sanyo tolong bikin kan nih... power la timer dia nih... tenkiu Alip...

Family...Lunch di Chicken Rice Shop Eco Hill Mall....

 


Ahad, 30 Ogos 2026.. lepak makan lunch kat Eco Hill Mall... ada stall2 kat luar ni... tapi mahal la pulak...

Saturday, August 29, 2026

Tanah Kebun.... masuk lot 12 potong rumput...

 






Ahad, 30 Ogos 2026... arini masuk kebun kul 8. takde kojo sgt, den masuk lot 12 menyabit dan buang rumput2 besar tu degil tu, pastu repair ground sheet... kul 11 den balik... Abe Zaid kata nk datang mesin rumput kat lot dia... tapi takde pon...

DKS.... masih tak dapat pasangkan blower tu sendeng...

 



Ahad, 30 Ogos 2026... lepas subuh den mengadap sat mesin pengering payung tuh. mision nak ejaskan position blower tuh... masih terkial2...

Member Lama.... Kj Ahmado bersama Abe Khairul Anuar Jais

 


Jumaat, 28 Ogos 2026... Abe Ahmado share gambo bersama Abe Khairul Anuar Jais di KUrsus PPKJ (CGSO)

DKS... Keizinan Masuk ROBATTLE UniKL MFI... 3 teams lagi...

 


Jumaat, 28 Ogos 2026... den wasap bos mintak izin masuk ROBATTLE UniKL MFI.... dan dia bagi. siap suruh buat 3 teams lagi.... tenkiu bos... semoga team MJII yg dipimpin dek Sensei Ismail dan Syafiq Sakurai boleh mencapai kemenangan....

DKS.... Sharing dari senpai Zarina Pikachu pasal Biasiswa TNB.

 




Sabtu,, 29 Ogos 2026... senpai Zarina Pikachu share info pasal dia dapat tawaran biasiswa TNB. RM5k satu sem... alhamdulillah... syarat2 pun tak ketat sangat. semoga dia berjaya di sana... Good Luck Zaaaaaaaaa...

Tanah Kebun... Senangin tak membako arini... kene warning jerebu...

 










Sabtu, 29 Ogos 2026... sesi berkebun 2 round. mcm geng org jepun minum2 lepas balik kerja.. mula2 diaorg minum kat satu kedai, pastu otw balik diaorg minum lg sekali kat kedai lain pulak. harharharhar.. samo la cam den, lepas abis kojo kat Sesapan den pegi ke Senangin pulak... Tolong Abe Zaid membelasah busut anai-anai tuh... setel...


kt sesapan pun den bako api kecik jek.... harharharhar