Jolok hidung dan sedut‼️Ini adalah produk terbaru di pasaran yang mula popular di kalangan pelajar sekolah. Ia dijual secara berleluasa dengan harga serendah RM2.50 - RM10 sahaja.
Produk penyedut hidung (nasal inhaler) ini di promosikan sebagai produk untuk memberi tenaga dan untuk memberi kesegaran kepada pengguna. Ada penjual yang menggunakan tag line “Sedut dahulu, baru pergi ke sekolah”, “ Sedut dulu, baru mulakan kerja”,
Ia bersaiz kecil , hanya sebesar pemetik api, berwarna warni dan didatangkan dengan pelbagai perisa menarik . Ada 2 corong yang muat ke lubang hidung dan boleh di sedut melalui hidung terus ke paru paru.
Jika diperhatikan, pengambilan produk ini sama seperti pengambilan dadah melalui hidung “snorting” dan secara psikologinya adalah sangat negatif kerana mengalakkan pengguna untuk mencuba bahan bahan lain termasuk dadah.
Dari segi perubatan, pengambilan bahan kimia melalui hidung menyebabkan risiko kerosakan mukus didalam rongga hidung, luka, pendarahan dan jangkitan. Alahan dan keracunan juga boleh berlaku kerana bahan yang digunakan tidak diketahui.
Bertambah lagi beban ibu bapa dan guru untuk memantau anak dari menggunakan barang ini. Hentikan penjualan dan pembelian produk ini.
BAHAYOOOOOOOOOOOOOOOOOOO.... dushare oleh ustazah hidayah kat group Akademik... minta perhatikan student2 kito...
No comments:
Post a Comment