Selasa, 31 Dis 2024... Aiman Sugoi den bagi projek betulkan mesin Senpai Fatin Toshiba tuh... dia selalu datang sembang, den hadiahkan projek tu kat dia. semoga dia boleh jadikan bende tu function dengan baik....
Selasa, 31 Dis 2024... senpai Wan Abid Toshiba baru sampai, katanya semalam dia tertinggal keretapi. arini kene bayo denda rm50 duit lewat lapor diri dan isik borang drop dan withdraw siap2... papehal kang senang. dia kene amik MI dan FYP sem exstand nih.
Selasa, 31 Dis 2024.... penutup tahun 2024, senpai Amiru Irsyad AKI mohon utk tangguh sem JJ 2025 sebab nak kerja dan kumpul duit katanya. Permohonan dia den sokong la. semoga dia kembali sem depan dengan lebih bersemangat.
Selasa, 31 Dis 2024... arini pepagi den dah submitkan borang rujuk ke kaunselor dan ke jawatankuasa disiplin pasal student yg tak datang lapor diri pelajar kanan (student AKI Hiakal dan Arsyad)... kene buat cepat sebelum terlupa.
Isnin, 30 Dis 2024... sesi jumpa2 dengan Sabaku sambil siapkan borang kuning pendaftaran tu. pastu den bawak geng 8 ke kubur projek FYP senpai2. takde sape pun yg nak amik gambar. hampeh betol la...
Isnin, 30 Dis 2024.... sesi Pendaftaran pelajar Kanan MJII. Abe Radzi menasihatikan si Ku Aiman Shinken yang banyak dah tertinggal subjek dan selalu daftar tapi tak masuk kelas.
Isnin, 30 Dis 2024... student nama Ashraf kelas Sakurai nak berhenti dari MJII sebab dapat tawarankulinari kat UiTM Puncak Alam... selamat berjuang di tempat lain Ashraf...
Isnin, 30 Dis 2024.. sesi Lapor diri dan daftar kursus sesi Jan-Jun 2025 bermula. den setelkan budak2 extender.... Hadif, Faris Syahmi Toshiba, Iqbal, Naqiudin Hitachi dah Fatimah Aki dah muncul. tgh tunggu Ayman Heykal dan Amirul Irsyad AKI... klu diaorg tak muncul den keluarkan lampiran C disiplin.
Ahad, 29 Dis 2024.... balik dari minum tu, singgah sat kat kedai kek belikan kek besdei si Una kat kedai kek depan mjii ni yg kt bawah kedai Dr Gejet tu....
Ahad, 29 Dis 2024... arini terbang ke hospital pusrawi Jln Tun Razak. Hajat nak jengok Ecah kat situ. alih2 terdatang awal giler pukul 8.30 pagi, pastu waktu melawat ialah pukul 3 petang. tepaksa la balik semula ke beranang. balik singgah makan kt kedai nih....
Jumaat, 27 Dis 2024... sesi taklimat disambung waktu malam. belajar kira pointer, cara guna cuti, guna drop, withdraw, tangguh dan sebagainya. sorg je tak dapat hadir iaitu Nana Sabaku
Jumaat, 27 Dis 2024... sesi bacaan yasin mingguan di Nara lagi... mlm ni cadang nak sambung sesei taklimat program kat budak SAbaku... kita tunggu hasil survey dgn diaorg...
Khamis, 26 Dis 2024... sedikit laporan kemalangan kereta Pengarah MJII Dr Mahazani disampaikan oleh Kj Adzhar... semoga Pengarah MJII dan Isteri bertabah dengan dugaan yang melanda ini. Alhamudulillah beliau dan isteri selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.