Wednesday, December 18, 2024

Konvensyen Inovasi Sosial (KIS) 2024 dan Majlis Peluncuran Dasar Inovasi Sosial 2025 - 2030

 







1. Nama Program : Konvensyen Inovasi Sosial (KIS) 2024 dan Majlis Peluncuran Dasar Inovasi Sosial 2025 - 2030

2. Tarikh : 15 - 17 Disember 2024

3. Masa :  8.00am - 5.00pm

4. Tempat: Hotel Tenera, Bandar Baru bagi

5. Penganjur: Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)

6. Sinopsis/keterangan:  

Majlis peluncuran dasar inovasi sosial telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) YB Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal bersempena dengan Konvensyen Inovasi Sosial (KIS) 2024. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 3 hari konvensyen tersebut seperti forum, seminar dan pertandingan inovasi.


MJII telah menyertai sesi Final Pitching 48 Innovate Challenge dengan penyertaan dari pelbagai institusi seluruh negara. 3 projek tahun akhir pelajar telah terpilih untuk sesi Final Pitching 48 Innovate Challenge seperti berikut:


1) Self-Balancing Food Delivery Bag

   - En. Mohd Radzi bin Tarmizi (Penyelia)

   - En. Ameer Hafizin bin Ayub (Pelajar)

2) Smart Banana Quality Tracking and Monitoring System via Wi-Fi using ESP32

  - Ir Suhana binti Rashid (Penyelia)

 - Cik Putri Nur Faiqah Faqihah binti Sharulnizam (Pelajar)

3) Safetrack Hajj and Umrah

 - Pn. Azlin binti Ramli (Penyelia)

 - En. Amir Haziq Mukhriz (pelajar


Pasukan MJII turut mencipta kejayaan gemilang apabila projek Self-Balancing Food Delivery Bag telah menjuarai 48 Hours Innovate Challenge dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500. 


Tahniah diucapkan diatas kejayaan yang diperolehi.

by Zainal sensei

No comments:

Post a Comment