Monday, October 5, 2026

DKS.... Menziarahi Pengebumian Ayah Mertua Abe Jemil di Ipoh Perak.

 













Isnin, 5 Okt 2026... mendapat berita kematian En Hassim bin Abd anaf iaitu bapa mertua En Mohd Azmil (technician DKS) yg juga bapa Sensei Nur Hafiza Maths di Ipoh Perak.... den, Abe Norizam dan Abe Zaid terbang ke Simpang Pulai untuk menziarahi. bergerak dr MJII pukul 5 am. sampai di Simpang Pulai pukul 8.50 am. selepas sarapan terus ke tanah perkuburan. jam 11.30 bergerak balik ke Beranang dan tiba pukul 3 pm.

Sunday, October 4, 2026

Diploma Industri..... PROGRAM DIPLOMA INDUSTRI EVE ENERGY: PEMBANGUNAN MODAL INSAN TVET BERTERASKAN INDUSTRI EV.. DKS

 





















PROGRAM DIPLOMA INDUSTRI EVE ENERGY: PEMBANGUNAN MODAL INSAN TVET BERTERASKAN INDUSTRI EV


1. Nama Aktiviti: Program Diploma Industri EVE Energy  

2. Tarikh: Oktober – Disember 2026 (Fasa Latihan di TVETMARA MJII)  

3. Masa: Mengikut jadual latihan yang ditetapkan  

4. Anjuran: TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dengan kerjasama EVE Energy Sdn. Bhd.  

5. Tempat: TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII)  

6. Penglibatan: 9 orang pelajar Program Diploma Industri EVE Energy  


Sinopsis / Keterangan Aktiviti:


Selaras dengan aspirasi Pengarah, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, untuk menjadikan MJII sebagai pusat pendidikan TVET yang mampu melahirkan modal insan bertaraf dunia bagi memenuhi keperluan industri, MJII telah memperkenalkan Program Diploma Industri EVE Energy melalui kerjasama strategik bersama EVE Energy Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengeluar bateri bagi industri kenderaan elektrik (Electric Vehicle – EV) yang beroperasi di Kulim, Kedah. Program ini merupakan inisiatif TVET berorientasikan industri yang bertujuan menyediakan tenaga kerja berkemahiran selaras dengan keperluan industri EV, automasi dan pembuatan berteknologi tinggi.


Bagi sesi ambilan Oktober–Disember 2026, seramai 9 orang pelajar telah mendaftar untuk mengikuti program ini. Setelah berjaya menamatkan latihan, peserta berpeluang untuk diserap bekerja di EVE Energy Sdn. Bhd. sebagai Pembantu Juruteknik (Technician Assistant), tertakluk kepada keperluan serta penilaian pihak industri.


Program ini memberi penekanan kepada empat (4) modul teras kemahiran, iaitu Programmable Logic Controller (PLC), Pneumatic System, Engineering Workshop dan Total Productive Maintenance (TPM). Modul-modul ini dirangka bagi membangunkan kompetensi peserta dalam bidang automasi dan kawalan industri, sistem pneumatik, kemahiran bengkel serta penyelenggaraan mesin dan peralatan industri.


Tempoh keseluruhan latihan adalah selama enam (6) bulan, merangkumi tiga (3) bulan latihan di MJII dan tiga (3) bulan On-the-Job Training (OJT) di fasiliti EVE Energy Sdn. Bhd., Kulim, Kedah. Struktur latihan ini membolehkan peserta membina asas pengetahuan dan kemahiran teknikal di MJII sebelum mengaplikasikannya dalam persekitaran industri sebenar.


Sepanjang tempoh latihan, peserta turut menerima elaun dan bantuan wang sara hidup daripada Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA (BPP) bagi membantu mereka memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap latihan.


Walaupun baru memasuki minggu pertama latihan, kesemua peserta telah menunjukkan tahap komitmen, disiplin dan motivasi yang sangat baik. Mereka hadir mengikut jadual, menepati masa serta memberikan kerjasama yang positif dalam sesi teori dan amali. Peserta turut menunjukkan minat yang tinggi dalam mempelajari kemahiran baharu, khususnya berkaitan automasi dan penyelenggaraan peralatan industri.


Pelaksanaan Program Diploma Industri EVE Energy berpotensi menjadi salah satu model TVET berasaskan keperluan industri (industry-driven TVET) di MJII. Kerjasama secara langsung dengan industri bukan sahaja menyediakan latihan yang relevan dengan keperluan pekerjaan, malah membuka laluan kerjaya yang lebih jelas kepada peserta serta membantu merapatkan jurang antara latihan di institusi dengan kompetensi sebenar yang diperlukan oleh industri.


Secara keseluruhannya, program ini berpotensi menjadi salah satu model TVET berasaskan keperluan industri (industry-driven TVET) di MJII serta menyokong aspirasi MARA dalam melahirkan tenaga kerja TVET yang kompeten, berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan industri masa hadapan.

by sensei Zaleha

Tanah Kebun.... Tanngan Abe Achnas terkena mata gergaji pokok dia...

 












Ahad, 4 Okt 2026.... den start kat Sesapan dulu... arini takyah buat bebuka sebab dah berbuka pukul 6.30 pagi. pastu abe zaid sampai sat utk survey next week dia nak potong rumput katanya. pastu den pegi ke Senangin. Masa buat keje tu, Abe Achnas kata mata chain saw dia asik longgar aje. pastu dia bedal jugak, alih2 dah terkene tangan dia... sib baik luka aje.... semoga dia cepat sembuh...

Kuarters.... sembang sambil sarapan di The Kantin eco Majestik

 



Ahad, 4 Okt 2026... den start sarapan dengan Amsyar Saba dan Abe Ahmado lepas solat subuh. 6.30 gitu. sembang pasal projek green house budak abe Mado si haziq tu. 

DKS... Pelancaran Promosi SCL Shadow Combat League...

 












Sabtu, 3 Okt 2026... ada promosi Pertandingan Lawan Robot Humanoid di Damansara Height Mall. Nama pertandingan ialah Shadow Combat League. Aisyah Pikachu, Zaim dan Iqbal Hitachi ada di sini. Geng MJII den bawak Syafiq Sakurai, Firdaus dan Akmal.