Sunday, November 1, 2026

DKS... TVETMARA MJII CEMERLANG DI EXPO TVET@KKDW 2026 | 3 PASUKAN ROBATTLE, 1 PINGAT EMAS INOVASI! 🥇🤖

 















🏆 JABATAN ROBOTIK & AUTOMASI (DKS), TVETMARA MJII CEMERLANG DI EXPO TVET@KKDW 2026 | 3 PASUKAN ROBATTLE, 1 PINGAT EMAS INOVASI! 🥇🤖


Tarikh: 23 – 25 Oktober 2026

Tempat: Perkarangan Stadium Sungai Besar, Selangor

Penganjur: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)

Penglibatan: Jabatan Robotik dan Automasi, TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII)


Ringkasan Aktiviti


Selaras dengan aspirasi Pengarah TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII), Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, dalam memperkukuh kecemerlangan TVET berteraskan inovasi, penguasaan teknologi dan pembangunan bakat berkemahiran tinggi, Jabatan Robotik dan Automasi telah menyertai Expo TVET@KKDW 2026 yang berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober 2026 di Perkarangan Stadium Sungai Besar, Selangor.


Expo anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ini menjadi platform mempromosikan pendidikan TVET, mengetengahkan inovasi teknologi serta memperlihatkan keupayaan dan kreativiti pelajar institusi latihan kemahiran.


Dalam expo ini, Jabatan Robotik dan Automasi telah menghantar tiga pasukan menyertai Pertandingan Robot Tempur Robattle 2026, selain mengambil bahagian dalam pertandingan inovasi New Generation World Innovation Challenges (NEWIC 2026).


Penyertaan dalam NEWIC 2026 telah membuahkan kejayaan apabila projek “Dolomite Powder Spreader Robot Using Arduino Mega 2560 with 24V DC Motor via PS2 Controller” berjaya meraih Pingat Emas (Gold Medal). Kejayaan ini membuktikan keupayaan pensyarah dan pelajar jabatan dalam membangunkan inovasi robotik yang menggabungkan kemahiran elektronik, pengaturcaraan dan sistem kawalan bagi aplikasi pertanian.


Impak dan Hasil Penyertaan


Penglibatan tiga pasukan dalam Robattle 2026 memberikan pendedahan praktikal kepada pelajar dalam reka bentuk, pembangunan, pengujian dan pengendalian robot tempur, di samping mengasah kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran kritis serta kerja berpasukan dalam suasana pertandingan sebenar.


Kejayaan meraih Pingat Emas NEWIC 2026 pula memperlihatkan potensi inovasi yang dihasilkan oleh Jabatan Robotik dan Automasi untuk diaplikasikan dalam sektor pertanian melalui penggunaan teknologi robotik dan automasi.


Selain meningkatkan keyakinan dan kompetensi pelajar, penyertaan ini turut memperkukuh imej TVETMARA MJII sebagai institusi yang aktif dalam pembangunan inovasi, pertandingan teknologi dan pembelajaran berasaskan projek.


Kesimpulan


Secara keseluruhannya, penyertaan Jabatan Robotik dan Automasi dalam Expo TVET@KKDW 2026 telah memberikan impak positif melalui penglibatan tiga pasukan Robattle serta kejayaan meraih satu Pingat Emas dalam NEWIC 2026. Pencapaian ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan jabatan untuk memperkukuh budaya inovasi, meningkatkan kompetensi teknikal dan melahirkan graduan TVET yang kreatif, kompeten serta berdaya saing dalam menghadapi keperluan industri masa hadapan.

by sensei Jaa

MARA... Perlantikan Timbalan Ketua Pengarah MARA (Pendidikan)

 


Perlantikan Timbalan Ketua Pengarah  MARA (Pendidikan)
Tahniah, Encik. Shahrizal bin Mohd Saderi

Tanah Kebun... Masuk kebun dan korek longkang...

 







Ahad, 1 Nov 2026... den masuk kebun. kojo mengorek longkang lot 11. hujan lebat menyebabkan banyak pasir sangkut kat situ. sambil tu den kerat dahan pokok hutan belakang tu yang kene kat pokok durian den.... 

DKS... Mana IOT Module Siemens tuh?

 




Ahad, 1 Nov 2026... sambil2 tu jengok sat projek si Akmal Sakurai nih, casing IOT Module tu ada, tapi mana IOT module tuh? pelik la... 

DKS... Cari motor utk scarecrow tu lagi...

 



Ahad, 1 Nov 2026.. sebelu gi kebun, den masuk stor sat nak carik  motor yg serupa dgn Projek Scarecrow Etzzah tuh. den jumpa dah. tapi takde bracket. sambil berkebun den memikirkan camne nak buat lubang kat casing plastik tu klu takde bracket... dapat idea. den kene pasang motor tu kat acrylic dulu sbb dia lutsinar dan boleh tengok kedudukan lubang dia... heheheheheh...

Saturday, October 31, 2026

Diploma Industri EVE OD2026 Zero... Mula Electro Pneumatic...

 




Sabtu, 31 Okt 2026... sesi petang pulak... stat dengan Electro Pneumatic. kene ajar basic elektrik.