Sunday, June 13, 2021

JKKP MJII/MARA informat...

 



Kenapa Ada Pili Bomba Merah & Kuning? 


Sejak ke belakangkan ini, berlaku kejadian kebakaran di sana sini yang melibatkan kediaman penduduk-penduduk sekitar Daerah Putatan, Tanjung Aru, Pulau Gaya dan juga beberapa tempat lain.


Cuba lihat sekeliling anda, di manakah pili Bomba yang berhampiran dengan anda.


Jika anda lihat, terdapat dua warna pili Bomba yang ada iaitu berwarna merah dan berwarna kuning.


Tahukah anda, apakah maksud kedua-dua warna tersebut?


1) Warna Merah - Pili Bomba Awam ialah suatu aliran pemasangan pili bomba yang dipasang untuk menyediakan bekalan air yang tidak bermeter bagi tujuan operasi pemadaman kebakaran.


2) Warna Kuning - Pili Bomba Swasta ialah suatu aliran pemasangan pili bomba yang dipasang untuk menyediakan bekalan air yang mempunyai meter ke sesuatu premis atau compound bagi tujuan operasi pemadaman kebakaran.


* Persamaannya ialah pili Bomba digunakan untuk memadam kebakaran dan bezanya hanya bermeter & tidak bermeter.


Pesanan : Jangan halang, letak kenderaan, tutup kawasan pili bomba, sentiasa pastikan pili bomba di jaga dengan rapi, bersih dari sampah sarap, tumbuhan seperti rumput dan lain-lain. 


Sumber info ini dari : Bomba Alor Setar ... Info JKKP MJII dan MARA

No comments:

Post a Comment