Thursday, November 20, 2025

DKS.... LAwatan Audit PriceWaterHouseCooper... Persediaan #1

 


Khamis, 20 Nov 2025... dennak sembang2 dengan Abe Suhadi, alih2 ada sensei Azrina kat situ. diaorg tengah bincang pasal lawatan audit SDG ESD esok. arahannye cegini...

Assalamualaikum w.b.t

Memandangkan esok terdapat Lawatan Penilaian Inisiatif ESG IPMA (9.30am - 11.30am) berikut adalah bengkel/kelas Yang disenarai  untuk dilawati 👇🏻

DKE - C Pro Lab
DKR - Microtik Lab
DKS - Robotic Lab
DKM - Cleanroom
DKC - NI Lab

Kelas - Smart Classroom (Library), CR10

Mohon Tuan/Puan PIC bersedia dari segi kebersihan, susun atur lab/kelas tersebut untuk kekal dalam keadaan kondusif dan selamat.

Lab/kelas lain Yang tidak tersenarai juga dalam mode standby sekiranya Panel ingin melawat.

Kerjasama semua diucapkan ribuan terima kasih. 

dan...

Assalamualaikum w.b.t

Maaf hadir Di luar Waktu kerja.

Nak Minta tolong FYP Coordinator Setiap jabatan utk berikan 2 projek FYP Jabatan sem ini Yang berkaitan ESG (Environment, Social, Governance). 

Berikan kpd sy tajuk projek dan juga gambar projek. Kalau boleh sebelum jam 8am esok ya. 

Ini bertujuan utk slide Lawatan Penilaian Inisiatif ESG IPMA esok Hari. 

Kerjasama semua diucapkan ribuan terima Kasih.

Mohon maaf sekali lagi.

No comments:

Post a Comment