Saturday, February 25, 2023

Bajet 2023.... Pembangunnan TVET di Malaysia...

 


Ringkasan isu TVET sempena belanjawan 2023.

1. Petronas, DRB Hicom, Sunway, MRCB dan bank-bank akan mengambil alih program latihan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sebagai usaha memperkasa kerjasama antara awam dan swasta.

2. Petronas akan menerajui program latihan TVET dalam kluster minyak dan gas di Pengerang, Kimanis, Batu Rakit dan Miri. DRB Hicom bagi kluster automotif di Pekan; Sunway bagi kluster perhotelan dan MRCB bagi kluster pembinaan.

3. Bank-bank tertentu juga akan menerajui program latihan bagi kluster perkhidmatan kewangan.

4. Program latihan TVET menelan belanja RM6.7 bilion melibatkan 500 institusi.

5. Mutu latihan TVET dipertikai walaupun 90% graduan TVET memperoleh pekerjaan tetapi 90% mereka meraih gaji yang rendah hanya sekitar RM2,000 sebulan.

6. Pendekatan baharu seperti di Penang Skills Development Centre memastikan syarikat Intel, Motorola dan Inari mengendalikan latihan yang berkesan memenuhi keperluan syarikat berkenaan.

7. Dengan beberapa penyesuaian dari contoh ini, satu pendekatan akan diperkenalkan supaya pusat latihan TVET terkait diambil alih syarikat yang mampu mengendalikan program latihan.

8. Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) diperkukuh dengan dana tambahan RM50 juta untuk 8,000 pelatih.

9. Program latihan TVET yang dipertingkatkan ini diharapkan dapat menghasilkan graduan TVET yang berkualiti dan memiliki kemahiran yang sesuai dengan keperluan industri.

10. Ini juga diharapkan dapat meningkatkan kebolehpasaran dan taraf hidup graduan TVET, serta memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negara.

dishare oleh Pengaraah MJII, sabtu 25 Feb 2023...




No comments:

Post a Comment