Thursday, March 2, 2023

Perutusan dari Menteri KKDW sempena Hari MARA ke 57

 


SELAMAT HARI MARA KE-57


MARA telah memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan negara bangsa Malaysia sejak dari awal penubuhannya.


Bermula sebagai agensi RIDA seawal tahun 1950 dengan mandat untuk meningkat tahap sosio-ekonomi Bumiputera, ia diberi nafas baharu sebagai MARA pada 1 Mac 1966 dengan mandat yang lebih jelas dengan pengkhususan di dalam Pendidikan dan Keusahawanan.


Ratusan ribu malah jutaan Bumiputera beroleh manfaat kehidupan yang lebih baik melalui program-program pendidikan berkualiti tinggi dan penajaan pelajaran serta fasiliti ekosistem keusahawanan yang lengkap iaitu latihan keusahawanan, pembiayaan perniagaan dan kemudahan premis perniagaan.


Saya mendoakan MARA terus maju dan mempergiatkan usaha meningkatkan taraf hidup Bumiputera seiring dengan keperluan semasa.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=741824423981475&id=100044617711053&mibextid=qC1gEa

https://www.instagram.com/p/CpP6wmEyr45/?igshid=NzAzN2Q1NTE=

No comments:

Post a Comment