Sunday, September 17, 2023

SUKAT 2023 Kuantan... lagi 4 ari nak ke sana...

 



Mesyuarat Sukat (15 Sept. 2023)
Maklumat perbincangan:
• Pendaftaran Penginapan (22 Sept. 2023):
o 1 asrama seramai 30 orang setiap kontijen, jika lebih dibenarkan (perlu bawa kelengkapan untuk tidur).
o Masjid KKTM Kuantan boleh solat Jumaat pada 22 Sept. 2023.

• 10 gerai besar, dan 10 gerai kecil berserta food truck didalam kktm Kuantan untuk makanan (tidak termasuk cafeteria sedia ada).

• Kontijen yang membawa kenderaan sendiri adalah dibenarkan untuk keluar masuk KKTM Kuantan sehingga sebelum pukul 12  tengah malam.

• Perasmian SUKAT (23 Sept. 2023):
o Sabtu 3 petang – perasmian pembukaan oleh Dato Seri KP MARA.
o Tempat: Dewan Ibnu Khaldun, KKTM Kuantan
o Sukan yang dijadualkan pada masa perasmian akan diteruskan seperti yang telah dirancang. 
o Semua Pengarah akan menyertai & duduk atas stage.
o Minum petang bersama VVIP selepas perasmian, wakil 3 orang untuk 1 pusat.
o Pesanan KP & Pengarah PBKT – Pakaian kontinjen dicadangkan pakai baju pasukan yang tidak seragam (elak nampak macam ada penajaan daripada pihak luar, elak kontroversi). 

• Perasmian Penutup (27 Sept. 2023):
o Sukan yang melibatkan perlawanan akhir sahaja.
o Acara penutupan pada petang 27 Sept. 2023.
o Tempat: Dewan Ibnu Khaldun (setting sama seperti majlis pembukaan)
o Perasmi Penutup SUKAT: Belum ditetapkan.
o Minum petang VVIP akan di Dewan Ibnu Khaldun.
o Food Pack makanan petang untuk kontijen disediakan semasa majlis penutup.
o Ada kemungkinan Majlis Penutupan dipercepatkan (akan dimaklumkan kemudian).

• Pengangkutan:
o Parking bas kontijen SUKAT di depan Dewan Ibnu Khaldun.
o 16 buah bas akan datang daipada KKTM/IKM.
o Bas dari IKM/KKTM akan diberikan jadual tugasan untuk mengangkut kontijen yang terlibat dengan sukan di luar KKTM Kuantan.

No comments:

Post a Comment