Saturday, February 15, 2025

International Creative & Innovative Idea Competition (ICIIC) 2025

 







Nama Aktiviti: International Creative & Innovative Idea Competition (ICIIC) 2025

Tarikh: 31 Januari 2025

Tempat: Secara Maya

Anjuran: MNNF Network

Penglibatan:

Siti Zaleha binti Abdul Aziz, Siti Aisyah Nasuha binti Izham, dan Muhammad Haziq bin Mohd Eusof dalam kategori Higher Institution Student.

Sinopsis/Keterangan Ringkas Aktiviti:


Pasukan yang terdiri daripada Siti Zaleha, Siti Aisyah Nasuha, dan Muhammad Haziq telah menyertai International Creative & Innovative Idea Competition (ICIIC) 2025. Mereka telah membentangkan inovasi bertajuk “Dolomite Powder Spreader Robot using Arduino Mega 2560 with 24V DC Motor via PS2 Controller.”

Projek ini memperkenalkan robot penyebar serbuk dolomit yang dikawal menggunakan alat kawalan PS2 dan dikuasakan oleh motor DC 24V. Inovasi ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam penyebaran bahan serbuk dengan sistem kawalan yang lebih mudah dan berkesan.

Hasil daripada usaha dan kreativiti mereka, pasukan ini telah berjaya meraih Gold Award dalam kategori Higher Institution Student pada 8 Februari 2025.

Tahniah diucapkan kepada pasukan atas pencapaian cemerlang ini!

by Aisyah Pikachu... pertandingan

No comments:

Post a Comment