1. Nama Program: CSR Jabatan DKS - * IFTAR PERDANA KOMUNITI HARMONI 2025*
2. Tarikh : 22 Mac 2025
3. Tempat: Surau Raudhatul Jannah, Taman Sunway Semenyih
4. Anjuran : NGO Haluan Putrajaya, Global Unity Network dan Surau Raudhatul Jannah Taman Sunway Semenyih
5. Sinopsis/keterangan:
Satu Program meraikan golongan Mualaf dan Non Muslim telah diadakan di Surau Raudhatul Jannah. Seramai 106 orang Mualaf dan 6 orang non muslim telah datang menjayakan program ini.
Program dimulakan dengan sesi Penyampaian oleh Motivator Shah Kirit Kakulal Govindji Tokoh Maal Hijrah Seangor 2010. Beliau telah menyampaikan motivasi kepada para mualaf dalam menjalani kehidupan baharu setelah mendapat hidayah dari Allah. Beliau seterusnya membuka sesi soal jawap di kalangan non muslim berkaitan dengan Agama Islam.
Program diteruskan dengan sesi pemberian bantuan raya kepada mualaf dan asnaf di komuniti Surau Raudhatul Jannah. Bantuan makanan dalam bakul berkat mengandungi beras, minyak masak, telur, tepung, garam dan gula. Bantuan juga termasuk bantuan wang raya.
Turut disediakan di program ini ialah kaunter pemeriksaan kesihatan yang diberikan percuma oleh Klinik Annur Bandar Teknologi Kajang. Ianya memberikan peluang kepada para penduduk kariah surau Raudhatu Jannah membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma.
Program diakhiri dengan acara Iftar Perdana bersama antara Penduduk Kariah Surau Raudhatul Jannah dengan Golongan Mualaf, Non Muslim dan AJK2 Program
by Jaaris sensei
No comments:
Post a Comment