Khamis, 7 Mei 2026... Ada Team Sambung Sendayan datang nak buat sesi Taklimat dan Interview pekerja / Latihan Industri kat MJII... sambil2 tu dia melawat lab robotik dan clean room. gambo2 daripada Abg Faizal Fikry kito.
PERHATIAN!!!
Assalamualaikum wbt,
Sukacita dimaklumkan satu sesi taklimat dan temuduga akan diadakan oleh pihak Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd. bagi mengisi kekosongan jawatan Junior Technician.
Sesi ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 07hb Mei 2026
Masa: 0900 pg - 0400 ptg
Tempat: TVETMARA MJII
Sehubungan itu semua pelajar TVETMARA MJII yang akan menjalani sesi Latihan Industri pada semester Julai-Disember 2026 adalah DIWAJIBKAN HADIR pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Memandangkan pagi hari yang sama akan diadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang TVETMARA MJII 2025, maka sesi temuduga bagi calon dari TVETMARA MJII akan dimulakan pada jam 01.30 Petang.
Sebagai persediaan awal para pelajar adalah diminta untuk mempersiapkan perkara-perkara seperti berikut:
1. Resume
2. IC
3. Sijil berhenti Sekolah Tingkatan 5
4. Sijil SPM
5. Any other relevant certificates
(Sediakan salinan asal dan fotostat)
Tawaran pekerjaan dari Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd. ini adalah terhad dan menawarkan elaun yang menarik serta peluang untuk diserapkan terus sebagai pekerja tetap. Sesi taklimat dan temuduga ini di sini akan turut dihadiri oleh para pelajar TVETMARA KL, PJ, Pekan dan Lumut selain beberapa pusat lain yang akan diadakan secara atas talian. Jangan lepaskan peluang menarik ini.
Perhatian dan tindakan Kerjasama semua dalam menjayakan peluang yang diberikan kepada kita ini adalah amat diharapkan.
Semoga berjaya, terima kasih.


.jpeg)
No comments:
Post a Comment