Program: Sukarelawan SUKMA 2026 Selangor
Anjuran: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Tempat: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Penglibatan:
• Sensei: Mohd Khairil Helmi bin Tarmizi
• Pelajar: Alif Zakwan, Semester 3A Sabaku
Seramai dua (2) orang warga DKS, terdiri daripada seorang tenaga pengajar dan seorang pelajar, telah mengambil inisiatif untuk menyumbang sebagai sukarelawan dan urusetia dalam membantu kelancaran penganjuran SUKMA 2026 Selangor.
Penglibatan ini merangkumi tugasan sebagai urusetia bagi beberapa acara sukan yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), antaranya Sukan Tinju dan Silat Olahraga. Penglibatan warga DKS dalam program ini bukan sahaja memberi sokongan kepada penganjuran kejohanan sukan di peringkat kebangsaan, malah turut memberi peluang kepada warga MJII untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam suasana kerja sebenar.
Program ini juga mencerminkan nilai Corporate Social Responsibility (CSR) Jabatan DKS melalui penglibatan aktif warga institusi dalam aktiviti kemasyarakatan, pembangunan belia dan sokongan terhadap agenda pembangunan sukan negara.
Selain itu, penglibatan pelajar sebagai sukarelawan dapat membentuk kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan, disiplin dan pengurusan organisasi, selaras dengan usaha melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja kompeten dari aspek teknikal, tetapi turut mempunyai nilai insaniah dan kesedaran sivik yang tinggi.
Impak Program:
1. Meningkatkan penglibatan warga DKS dalam aktiviti CSR dan kemasyarakatan.
2. Memberi pendedahan kepada pelajar terhadap pengurusan acara berskala besar dan kerja berpasukan.
3. Membentuk kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan, disiplin dan tanggungjawab.
4. Mengukuhkan hubungan dan jaringan kerjasama antara institusi TVET dengan agensi serta komuniti luar.
5. Menyokong pembangunan belia dan sukan negara melalui sumbangan tenaga serta kepakaran sebagai sukarelawan.
Sumbangan kepada SDG:
Program ini secara tidak langsung menyokong SDG 3 – Good Health and Well-being melalui sokongan terhadap aktiviti sukan dan gaya hidup aktif, serta SDG 17 – Partnerships for the Goals melalui kerjasama antara institusi pendidikan, agensi kerajaan dan komuniti dalam menjayakan program berskala nasional.
by sensei Zaleha


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment