Thursday, October 15, 2026

MJII.... Sesi Perbincangan Ad Hoc menentukan Kaedah OPERASI MJII esok Jumaat 16 Okt 2026...

 





Khamis, 15 Okt 2026... berikutan dengan keadaan Jerebu yang memburuk 2-3 hari ini, Pengurusan MJII telah bersidang di Cafe MJII pada pukul 10 mlm dihadiri oleh Pengarah, TPHEP, ustaz ISkandar, Ustaz Azim, Felo dan ketua Felo dan Kj bersama Penyelaras JKKP Sesnei Sharifudin utk membuat keputusan tentang operasi MJII pada esok hari. ini adalah memandangkan esok Jumaat ada 2 aktiviti berkaitan MARA HQ.

Assalamualaikum Tuan/Puan,

PENGOPERASIAN TVETMARA MJII

Untuk makluman semua.. susulan keadaan jerebu yang semakin meningkat OPERASI AKAN DITUTUP SEPENUHNYA. Walau bagaimanapun, semua warga kerja TVETMARA MJII diminta hadir pada 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bagi memghadiri PROGRAM JELAJAH ANTIRASUAH IPMA 2026.

Kehadiran akan di ambil semasa program berjalan.

Cawangan Akademik hendaklah melaksanakan PdPR bagi melangsungkan pembelajaran pelajar.

Pelajar diberi pelepasan pulang ke rumah selepas jam 4.30 petang.

Kerjasama dan perhatian semua amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Ir. Ts. Dr. MOHD NAZIF BIN MOHD BAHARUDDIN
Pengarah 
TVETMARA MJII

No comments:

Post a Comment