1. Nama aktiviti: Lawatan ke Japan Expo Malaysia 2026
2. Tarikh: 25 Julai 2026
3. Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
4. Penglibatan: 32 orang pelajar Kelab Bahasa Jepun TVETMARA MJII & Unit Bahasa Jepun Pengajian Am
5. Sinopsis:
Japan Expo Malaysia 2026 merupakan antara acara berkaitan Jepun yang terbesar dan paling meriah di Malaysia. Acara ini menghimpunkan pelbagai elemen berkaitan Jepun seperti muzik J-pop, anime, kebudayaan, makanan, pelancongan, pendidikan serta peluang kerjaya dan perniagaan dalam satu penganjuran.
Program ini menjadi platform kepada masyarakat, khususnya para pelajar, untuk mengenali Jepun dengan lebih menyeluruh dari aspek bahasa, kebudayaan, makanan, pelancongan, pendidikan, kerjaya, gaya hidup dan perkembangan industri. Penyertaan pelajar dalam program ini juga selaras dengan peranan Kelab Bahasa Jepun MJII dalam memperluas pengetahuan dan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang bahasa serta budaya Jepun.
Melalui lawatan ini, para pelajar diharapkan dapat meningkatkan minat, motivasi dan keyakinan dalam mempelajari bahasa Jepun. Selain itu, program ini turut memberikan peluang kepada mereka untuk berinteraksi dan bertukar pengetahuan dengan komuniti yang mempunyai minat terhadap Jepun.
by sensei Fazliani

.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment