1. Nama Aktiviti: CSR Jabatan Robotik & Automasi (DKS) menyampaikan sumbangan kepada Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Semenyih
2. Tarikh: 31 Julai 2026
3. Tempat: Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Jalan Bangi Lama, Semenyih
4. Sinopsis Aktiviti:
Pihak Jabatan DKS telah berkesempatan mengadakan CSR dengan menyampaikan sumbangan kepada Pihak Pusat Jagaan Orang-orang Tua Mahmudah, Semenyih.
Sumbangan adalah berupa barang-barang keperluan harian penghuni-penghuni pusat jagaan tersebut. Antaranya ialah Kain pelekat, peket minuman bercoklat 3 in 1, gula, biskut kering, beras dan barang-barang pembersihan seperti sabun basuh, sabun mandi, cecair clorox dengan jumlah kutipan lebih kurang RM600 yang dikumpulkan dari kalangan kakitangan jabatan DKS sendiri.
Pusat jagaan ini telah dibuka mulai tahun 2016 dan dikendalikan oleh NGO. Kos pengurusan pusat ini ditaja sepenuhnya oleh dana kutipan dan sumbangan dari orang awam. Ianya memiliki 18 orang petugas untuk menguruskan dan menjaga penghuni pusat ini. Seramai 50 orang penghuni menghuni di pusat ini pada satu-satu masa.
Di harapkan aktiviti CSR sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengeratkan hubungan TVETMara MJII denngan komuniti setempat.
.jpeg)



No comments:
Post a Comment